Berita

Bersama Membina Kesejahteraan

Program Penempatan Pekerjaan OKU

Posted by:

pekerjaanJKM

Sebanyak 10 Pusat Pekerjaan akan ditubuhkan di seluruh negara bulan depan bagi membantu rakyat mendapatkan kerja serta-merta. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pusat-pusat tersebut akan dibuka di beberapa ibu negeri atau bandar utama sebelum diperluaskan ke setiap daerah.

”Pusat ini akan ditubuhkan di lokasi strategik di kawasan tumpuan orang ramai bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan menggunakan perkhidmatan, bimbingan dan maklumat yang disediakan secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program penempatan pekerjaan untuk golongan miskin dan kurang upaya (OKU) di Dewan Taman Sinar Harapan di sini semalam. Program anjuran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor dan Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) itu dihadiri lebih 300 penduduk dari golongan berkenaan yang menerima pelbagai bantuan termasuk ditempatkan dalam beberapa peluang kerjaya.

Subramaniam berkata, pusat itu akan menempatkan pegawai berkelayakan bagi memberi bimbingan, nasihat dan maklumat mengenai peluang pekerjaan yang sesuai untuk pengunjung Menurutnya, peranan pusat tersebut yang lebih fokus untuk mempertemukan penganggur dengan majikan tidak bertindih dengan peranan JTK. Menurutnya, langkah tersebut penting sejajar dengan sasaran dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Katanya, menjelang 2012 pula, kerajaan menyasarkan separuh daripada golongan miskin berpendapatan kurang RM770 sebulan dikeluarkan daripada garis kemiskinan.

Comments are closed.