Berita

Bersama Membina Kesejahteraan

Kejohanan Golf Amal Yayasan Bandaraya Johor Bahru 2017

Posted by:

features_golfch2017

Kejohanan Golf Amal Yayasan Bandaraya Johor Bahru adalah satu program untuk mendapatkan dana sumbangan daripada badan-badan koprat, swasta dan orang ramai bagi mengisi “Tabung Kemiskinan Bandar” Yayasan Bandaraya Johor Bahru.  Pada tahun ini, Kejohanan Golf Amal YBJB akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:

Program Kejohanan Golf Amal Yayasan Bandaraya Johor Bahru Tahun 2017
Anjuran Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Bandaraya Johor Bahru
Tempat Le Grandeur Hotel Palm Resort,  Jalan Persiaran Golf, Off Jalan Jumbo, 81250 Senai, Johor
Tarikh Sabtu, 14 Oktober 2017
Dirasmikan Oleh Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor

Hasil sumbangan daripada program kejohanan ini akan digunakan untuk menjalankan pelbagai program bantuan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar YBJB seperti Bantuan Pulang ke Sekolah, Bantuan Perumahan Bandar, Bantuan Ihsan, Perayaan dan Bantuan Tambang Sekolah.

Orang-ramai, badan koprat, syarikat, organisasi, individu yang berminat adalah dijemput menyertai kejohanan ini dengan memilih salah satu daripada enam (6) jenis tajaan seperti berikut:

Tahap Penyertaan  Jumlah Tajaan Bilangan Pemain 
Titanium RM100,000.00 8 orang pemain
Platinum RM75,000.00 8 orang pemain
Diamond RM50,000.00 8 orang pemain
Gold RM30,000.00 4 orang pemain
Silver RM20,000.00 4 orang pemain
Bronze RM10,000.00 4 orang pemain

Untuk menyertai kejohanan ini sila muat turun Borang Penyertaan berikut:

BORANG PERNYERTAAN KEJOHANAN GOLF AMAL YBJB TAHUN 2017

Atau berberhubung terus dengan Pengurus Eksekutif YBJB Puan Juraidah Hassan di talian 012-7670712 atau Puan Mastura Md Taher di talian 019-7767283.  Setiap penyertaan akan disertakan dengan Resit Pengecualian Cukai (di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967).

Leave a Reply

Your Name: (required)

Your Email: (will not be published) (required)

Your Website:

Your Message:

submit comment