Berita

Bersama Membina Kesejahteraan

Program Seminar Kecemerlangan SPM dan PT3

Posted by:

featured_bengkelteknik2017

Yayasan Bandaraya Johor Bahru telah menganjurkan Program Seminar Kecemerlangan Peringkat SPM dan PT3 pada 29 April 2017, 6 Mei 2017 dan 20 Mei 2017 di Perpustakaan Sultan Ismail MBJB dan pada 18 Julai 2017 di Auditorium JOTIC melibatkan lebih 150 orang pelajar dari sekolah SMK Tasek Utara yang merupakan sekolah angkat YBJB.

Program Seminar Kecemerlangan SPM dan PT3 adalah satu program berbentuk bengkel yang dianjurkan untuk membantu pelajar dalam teknik-teknik menjawab soalan dengan betul dan berkualiti. 

Program ini disasarkan untuk pelajar dari keluarga berpendapatan B40 terendah (RM3,050.00 ke bawah) yang menetap dalam kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru, khususnya pelajar-pelajar dari Sekolah Angkat YBJB dan Program Terminal Sejahtera.   

YBJB juga turut menganjurkan program ini untuk 257 orang pelajar SPM di SMK Tan Sri Mohamed Rahmat yang telah berlangsung pada 20 hingga 22 Julai 2017.

Pelajar yang menyertai program ini telah dapat mengikuti bengkel teknik menjawab melibatkan perbincangan dalam kumpulan besar untuk 10 matapelajaran utama, tips mengulangkaji pelajaran dan sesi ceramah berbentuk motivasi.

Leave a Reply

Your Name: (required)

Your Email: (will not be published) (required)

Your Website:

Your Message:

submit comment