Berita

Bersama Membina Kesejahteraan

Bantuan Ihsan Julai 2017

Posted by:

featured_ihsan72017

Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) telah memperuntukkan sejumlah RM18,615.00 bagi bulan Julai 2017 untuk membantu golongan kurang bernasib baik di sekitar bandaraya Johor Bahru melalui Program Bantuan Ihsan Kecemasan.  

Program Bantuan Ihsan YBJB dijalankan untuk membantu warga miskin memenuhi keperluan seharian setelah menghadapi bencana alam, kebakaran, kematian ketua isi rumah, menghidap penyakit kronik dan sebagainya.  

Seramai 9 keluarga menerima bantuan bagi bulan Julai melibatkan 7 kes pesakit kronik dan 2 kes permohonan deposit rumah sewa PPR bagi keluarga miskin.  

Antara penerima bantuan yang bagi bulan Julai ialah seorang mangsa kemalangan iaitu Encik Muhammad Dzulkarnain bin Ahmad yang hilang upaya kerana patah kaki kanan dan tidak boleh bekerja, selain itu Yayasan juga menerima kes bencana tanah runtuh yang menimpa rumah Encik Sulaiman bin Shuib yang menyebabkan kerosakan pada rumah keluarga beliau di Jalan Lurah, Kempas.

Selain itu, YBJB juga telah menyalurkan dana RM10,000.00 kepada badan kebajikan Care United Johor Bahru untuk menaja lebih 140 orang pelajar miskin melalui program bantuan persekolahan.

 

Leave a Reply

Your Name: (required)

Your Email: (will not be published) (required)

Your Website:

Your Message:

submit comment