Berita

Bersama Membina Kesejahteraan

Johor Future & Free Market

Posted by:

featured_freemarket2017

Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) adalah antara pertubuhan kebajikan dan sukarela yang telah menyertai acara Free Market yang merupakan antara aktiviti yang telah disusun bersempena program Johor Future di Lorong REX, Bazar Karat pada 5 Ogos 2017 lepas.  

Antara barangan yang diberikan percuma di booth YBJB ialah baju baru dan terpakai, permainan kanak-kanak, kasut, dompet dan tali pinggang.

Program Johor Future ialah program yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi melestarikan gaya hidup sihat bersama masyarakat setempat terutamanya bagi golongan belia disamping memberi ruang untuk bersama pemimpin setempat menerusi aktiviti bersukan.

Perasmian program Johore Future 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.  Konsep Johor Future membawa tiga pendekatan utama iaitu sukan, kecergasan dan kesukarelaan yang menjadi asas dan nilai ke arah masa depan yang lebih baik.

Lebih 3,000 peserta telah menjayakan program Johore Future di Bazar Karat Johor Bahru membabitkan acara larian sejauh lima kilometer (km), manakala berbasikal sejauh 21km. Kerajaan negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 80,000 penyertaan terutama generasi muda dalam program Johor Future Run dan Cycling yang diadakan di seluruh daerah negeri ini.

Leave a Reply

Your Name: (required)

Your Email: (will not be published) (required)

Your Website:

Your Message:

submit comment