Berita

Bersama Membina Kesejahteraan

Kem Motivasi Minda & Pemantapan Sahsiah 2018

Posted by:

featured_motivasi2018

Yayasan Bandaraya Johor Bahru telah menjayakan Program Kem Motivasi Minda & Pemantapan Sahsiah di Kem Kaizen Gunung Pulai pada 17 hingga 19 Mac 2018.  Program ini dianjurkan untuk memberi kesedaran kepada pelajar akan kepentingan displin dan kerjasama antara satu sama lain bagi membangunkan potensi diri secara menyeluruh.

Kumpulan sasar bagi program ini adalah pelajar dari keluarga berpendapatan B40 (RM3,860.00 ke bawah) yang menetap di kawasan bandaraya Johor Bahru. Pelbagai aktiviti telah antaranya termasuklah Sessi Ceramah Keibubapaan, Slot Kepentingan Ilmu Untuk Masa Hadapan, Modul Semangat Setiakawan, Teknik Pengurusan Mata dan Belajar Berkesan, Explorace dan Aktiviti Meredah Malam.     

Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dan menjayakan program ini.  Semoga dengan perlaksanaan program ini, Yayasan Bandaraya Johor Bahru akan dapat merealisasikan matlamat untuk meningkatkan kualiti hidup dan kualiti pendidikan pelajar dari golongan keluarga berpendapatan rendah dan miskin.   

Leave a Reply

Your Name: (required)

Your Email: (will not be published) (required)

Your Website:

Your Message:

submit comment