Berita

Bersama Membina Kesejahteraan

Permohonan Bazar Ramadhan MBJB Tahun 2018

Posted by:

bazar_sm

Sebanyak 21 Kawasan dan 995 petak Bazar Ramadhan akan disediakan kepada orang ramai yang berminat untuk berniaga juadah berbuka puasa bagi tahun 2018/1439 Hijrah.  Sebanyak 7 kawasan diuruskan oleh Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan 14  kawasan di urus bersama persatuan dan badan – badan kebajikan dalam kawasan MBJB.  Permohonan Bazar Ramadhan Juadah Berbuka Puasa Kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan dibuka  mulai hari Selasa, 17 April 2018:

 1.  Kawasan di bawah pengurusan Yayasan Bandaraya Johor Bahru:

SILA DATANG KE PEJABAT YAYASAN BANDARAYA JOHOR BAHRU DI TINGKAT 5, BANGUNAN JOTIC, JALAN AYER MOLEK, JOHOR BAHRU PADA SELASA, 17 APRIL 2018 mulai jam 8.00 pagi (WAKTU PEJABAT). 

Bil Kawasan Pengurusan Nama Urusetia & No Tel Bilangan Petak
1. Taman Anggerik – Jalan Anggerik 2/4 (Hadapan Gelanggang Futsal) Yayasan Bandaraya Johor Bahru Pejabat Yayasan 07-2248950  5
2. Taman Bukit Mewah – Jalan Mewah Ria 2/1 Yayasan Bandaraya Johor Bahru Pejabat Yayasan 07-2248950  10
3. Taman Kota Puteri – Jalan Bayan 26 (Berhampiran Sekolah) Yayasan Bandaraya Johor Bahru Pejabat Yayasan 07-2248950 20
4. Kg Skudai Kiri – Jalan Skudai Kiri Yayasan Bandaraya Johor Bahru Hubungi Pn Sharifah Ketua Wanita UMNO 016-7937784 25
5. Taman Plentong – Jalan Bunga Seroja  Yayasan Bandaraya Johor Bahru  Pejabat Yayasan 07-2248950 30 
6. Taman Desa Cemerlang – Jalan Johar 3/2 Yayasan Bandaraya Johor Bahru Pejabat Yayasan 07-2248950 25
7. Taman Puteri Wangsa – Jalan Badik 23 Yayasan Bandaraya Johor Bahru Pejabat Yayasan 07-2248950  60

 2.  Kawasan di bawah pengurusan Persatuan / Pertubuhan Badan Kebajikan.

SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN URUSETIA PERSATUAN/PERTUBUHAN (RUJUK NO TELEFON URUSETIA):

Bil Kawasan Pengurusan Nama Urusetia & No Tel Bilangan Petak
8. Bandar Baru Uda – Jalan Padi Mahsuri 12 (Medan Selera BBU) Persatuan Peniaga Medan Selera Mahsuri Johor Bahru En Hasnawi B. Ahmad : 019 -7244798 70
9. Kampung Pasir – Jalan Mata Kucing JKKK Masjid Ungku Tun Aminah,   Kg, Pasir, Johor Bahru. En Rahman: 017-7661614 / Hj Zainalabidin : 012-7464446 70
10. Kampung Melayu Majidee – Jalan Sekolah Persatuan Peniaga Kg Melayu Majidee Johor Bahru En. Azman: 017-7014008/ 016-7602219 100
11. Taman Dahlia – Jalan Persiaran Dahlia Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Gemilang Johor (Parlimen Pulai) En. Kamal: 019-7513620 /    Mohd Hassan: 07-5205517 130
12. Taman Desa Harmoni – Jln Harmoni 1/4 (Berdekatan Tangki Air) KRT Taman Desa Harmoni Nizam: 019-7405770 / En Jamaludin: 011-24151915 45
13. Taman Daya – Jalan Nibong 17 (Tapak Pasar Malam) Persatuan Penduduk Islam Zon Nibong, Taman Daya. Puan Yusnita Bt. Yusof: 017- 7049329 60
14. Taman Bukit Kempas – Jalan Arung Biro Kebajikan UMNO, Taman Bukit Kempas. En. Rashidi: 019-7626275 / En. Abd Hamid: 017-7840448 40
15. Taman Adda Heights – Jalan Adda 3/1 Persatuan Peniaga Pasar Malam Melayu Daerah Johor Bahru. En Mohd Yusof Pet :  010-7908707 / En Md Safri: 016-7998412 / En Syed: 016-2377371 70
16. Taman Setia Tropika – Jalan Setia Tropika 1/14 Persatuan Peniaga Pasar Malam Melayu Daerah Johor Bahru. En Mohd Yusof Pet :  010-7908707 / En Md Safri: 016-7998412 / En Syed: 016-2377371 20
17. Flat Stulang Laut – Bawah Blok Jawatankuasa Penduduk Flat Stulang Laut En Kasim: 014-6161701 10
18. Ulu Tiram – Jalan Rambutan JKKK Kg Ulu Tiram En. Mohd Isa Bin Ali Baba Khan: 012-7005567 / Cik Irma Rahayu : 014-3108961 / En Norizan: 012-7601999 80
19. Taman Desa Jaya –  Jalan Lembah 1 Jawatankuasa Penduduk Ahli Majlis MBJB Zon Desa Jaya En Hang Tuah Bin Ismail: 016-7403595  50
20. Taman Bukit Tiram – Jalan Ledang 25 UMNO Cawangan Bukit Tiram En Mohd Yusri Bin Mohd  Yusof: 018-7765701 40
21. Taman Bayu Puteri – Bakar Batu Jalan Pantai Persatuan Peniaga, Penjaja Dan Industri Kecil Negeri Johor @ Sri Stulang En Jupri (Wak JO): 012-9963486 35

 

 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Tempoh lesen hanya sah sepanjang bulan puasa sahaja.
  2. Jenis jualan dibenarkan ialah makanan dan minuman sajian berbuka puasa sahaja.
  3. Peniaga dan pembantu peniaga hendaklah mempunyai suntikan Typhoid (TY2) yang masih belum luput. Sekiranya peniaga / pembantu tidak mempunyai suntikan atau telah luput tempoh, sila perbaharui di Pejabat Kesihatan MBJB, Aras Bawah Bangunan JOTIC atau di klinik-klinik swasta yang menyediakan khidmat suntikan TY2.
  4. Jika didapati peniaga/ pemohon memberikan maklumat palsu, permohonan akan ditarik balik serta merta.
  5. Permohonan berdasarkan kepada siapa dahulu didahulukan dan jumlah petak dibenarkan mengikut kawasan.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN:

  1. Satu Salinan fotostat kad pengenalan peniaga.
  2. Satu Salinan buku suntikan Typhoid peniaga (Bahagian Lampiran Nama dan Tarikh Suntikan)
  3. Satu Gambar berukuran Passport. 
  4. Bayaran untuk lesen tapak bazar Ramadhan
  5. Dokumen asal Kad Pengenalan peniaga dan Buku Suntikan Typhoid peniaga.

 

Kadar bayaran permohonan tapak di bawah pengurusan Yayasan Bandaraya Johor Bahru – RM170.00. 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Yayasan Bandaraya Johor Bahru di talian 07-2248950 atau lawati laman web www.ybjb.org.my dan Facebook Yayasan Bandaraya Johor Bahru.

Leave a Reply

Your Name: (required)

Your Email: (will not be published) (required)

Your Website:

Your Message:

submit comment