Berita

Bersama Membina Kesejahteraan

Serahan Bantuan Sewa Rumah YBJB

Posted by:

featured_serahanBSR2018

Baru baru ini telah diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Ihsan dan Bantuan Sewa Rumah YBJB Zon Tampoi dan Kempas di Dewan Komuniti Taman Cempaka.  Seramai 67 orang penerima telah hadir untuk menerima Bantuan Sewa Rumah yang telah disampaikan oleh Y Bhg Datuk Hj Ramli bin Bohani, selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bandaraya Johor Bahru.

Melalui Projek Perumahan Keluarga Termiskin, Yayasan membantu keluarga ibu tunggal, pesakit kronik, warga emas miskin untuk menampung kos sewa rumah setiap bulan.

Sehingga bulan Mac 2018, sejumlah 332 keluarga telah menerima manfaat program bantuan ini melibatkan perbelanjaan berjumlah RM247,008.00. Sebahagian besar penerima bantuan terdiri penduduk di PPR Flat Larkin (68 orang), PPR Kempas Permai (35 orang), PPR Iskandar (16 orang), PPR Sri Stulang (69 orang), PPR Desa Mutiara (58 orang) dan penyewa swasta (86 orang).   

Leave a Reply

Your Name: (required)

Your Email: (will not be published) (required)

Your Website:

Your Message:

submit comment