Berita

Bersama Membina Kesejahteraan

Bantuan Ihsan YBJB

Posted by:

featured_bihsan12018

Sehingga bulan Mac 2018, Yayasan Bandaraya Johor Bahru telah membelanjakan sejumlah RM78,963.00 untuk disalurkan kepada 92 keluarga penerima Bantuan Ihsan Kecemasan Yayasan Bandaraya Johor Bahru.

Bantuan Ihsan Kecemasan ialah bantuan untuk meringankan beban tanggungan dalam kes-kes yang melibatkan mangsa bencana alam, kebakaran, kematian ketua isi rumah dan sebagainya.  Bantuan yang disampaikan adalah bantuan “One Off” sekali sahaja, jangka pendek dan sementara dalam bentuk tunai, bantuan bungkusan barang keperluan atau bantuan peralatan sokongan. 

Penerima bantuan ini dikenalpasti daripada aduan orang-ramai, ketua masyarakat, rakan agensi dan siasatan kes-kes viral, disamping permohonan orang awam yang datang terus ke pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru.  Setiap kes yang diterima akan dibanci terlebih dahulu dan penyampaian bantuan juga ada kalanya diserahkan sendiri ke lapangan bersama ketua masyarakat seperti Ahli Majlis MBJB, Penghulu dan Ketua Kampung.   

Bantuan Ihsan Kecemasan adalah komponen penting dalam pakej bantuan yang ditawarkan oleh Yayasan Bandaraya Johor Bahru. Semoga sedikit bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban warga bandaraya Johor Bahru yang berada dalam kesempitan. 

Leave a Reply

Your Name: (required)

Your Email: (will not be published) (required)

Your Website:

Your Message:

submit comment