Berita

Bersama Membina Kesejahteraan

Taska Muafakat YBJB

Posted by:

featured_taska

Taska Muafakat Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) telah dilancarkan hari ini dan telah beroperasi sejak Februari 2018.       

Taska ini diwujudkan untuk meringankan beban ibu bapa berpendapatan rendah (B40) dan ke bawah. Caj minima RM150 sebulan telah dikenakan bagi setiap kanak-kanak yang ditempatkan di sini berbanding taska swasta lain yang mengenakan caj RM300 sebulan dan ke atas.  

Ianya boleh menempatkan seramai 25 kanak-kanak dan kini mempunyai empat orang pengasuh yang telah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Dari aspek keselamatan, taska ini dilengkapi dengan sistem litar tertutup CCTV di dalam dan di luar premis. Bagi ibu-bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke taska ini boleh lah terus ke Taska Muafakat YBJB di Aras Bawah, Blok B, Pangsapuri Desa Dato Hajjah Hasnah Johor Bahru.    

Leave a Reply

Your Name: (required)

Your Email: (will not be published) (required)

Your Website:

Your Message:

submit comment