Berita

Bersama Membina Kesejahteraan

Bantuan Hari Raya Aidilfitri YBJB Tahun 2018

Posted by:

featuredraya_2018

Bagi tahun 2018, seramai 500 keluarga telah menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB). Edaran hamper dan bantuan tunai disalurkan di tiga lokasi, iaitu di Terminal Sejahtera Taman Sri Stulang pada 5 dan 6 Jun 2018, Dewan Taman Sri Mutiara pada 10 Jun 2018 dan di Pejabat YBJB pada 11 dan 12 Jun 2018. 

Bantuan sumbangan hari raya ini merupakan bantuan yang diberikan setiap tahun kepada keluarga berpendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah terutamanya dari golongan warga emas, OKU dan ibu tunggal bagi menyambut hari raya aidilfitri. Bantuan disampaikan dalam bentuk wang tunai dan hamper. 

Bantuan bagi penduduk PPR Taman Sri Mutiara telah disampaikan oleh Setiausaha Majlis bandaraya Johor Bahru (MBJB), Tn Hj Sidek bin Paiman.  Turut hadir untuk menyampaikan bantuan ialah wakil Ahli Parlimen Tebrau, Encik Ramli bin Ahmad.   

Semoga sedikit bantuan yang disalurkan dapat menceriakan semua keluarga penerima untuk menyambut musim perayaan yang akan menjelang.

Leave a Reply

Your Name: (required)

Your Email: (will not be published) (required)

Your Website:

Your Message:

submit comment