Berita

Bersama Membina Kesejahteraan

Majlis Berbuka Puasa Bersama Datuk Bandar MBJB

Posted by:

featured_puasaDB2018

Dalam usaha untuk mendekatkan diri dengan rakyat di bulan Ramadhan ini, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan usahasama sayap NGO Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Datuk Bandar di dua lokasi sekitar bandaraya Johor Bahru. 

Lokasi pertama yang terpilih ialah di Masjid Al Mizan, Kempas yang berlangsung pada 31 Mei 2018.  Dalam majlis tersebut seramai 175 asnaf di sekitar Kempas telah menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh wakil rasmi Datuk Bandar, Ir. Hj. Sulaiman bin Mohamad Taib, Pengarah Kejuruteraan MBJB. Majlis ini juga turut dihadiri oleh wakil rasmi Y.A.B. Menteri Besar Johor, En. Salim bin Daud.

Lokasi kedua Majlis Berbuka Puasa Bersama Datuk Bandar diadakan di Surau An Nur, Stulang Laut pada 3 Jun 2018. Dalam majlis tersebut, seramai 50 orang asnaf di sekitar Stulang telah menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh wakil rasmi Datuk Bandar Johor Bahru, Tuan Haji Sidek bin Paiman, Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Pelbagai lagi program kemasyarakatan telah disusun oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru sempena bulan Ramadhan antaranya Program Agihan Bubur Lambuk  dan Agihan Dodol “Drive Thru” MBJB di Dataran Bandaraya pada 7 dan 10 Jun 2018.  Pihak YBJB ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat beramal kepada semua pihak yang telah menjayakan program-program ini.

Leave a Reply

Your Name: (required)

Your Email: (will not be published) (required)

Your Website:

Your Message:

submit comment