Berita

Bersama Membina Kesejahteraan

Bantuan Sewa Rumah YBJB Bil 2/2018

Posted by:

Salah satu program bantuan yang telah wujud sekian lama di Yayasan Bandaraya Johor Bahru ialah program Bantuan Sewa Rumah.  Program bantuan ini diwujudkan untuk mengurangkan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah melalui pembiayaan bayaran sewa rumah setiap bulan. 

Seramai 360 keluarga telah dikenal pasti layak untuk menerima bantuan ini bagi penyerahan sessi kedua tahun ini iaitu daripada bulan Julai hingga Disember 2018.  Setiap penerima bantuan program ini telah dibanci dan dikenalpasti oleh Pembanci dan Pegawai bertugas di Yayasan Bandaraya Johor Bahru.  Sejumlah besar penerima bantuan ini terdiri daripada keluarga miskin dari golongan ibu tunggal, warga emas, pesakit kronik dan OKU yang menetap di kawasan-kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar bandaraya Johor Bahru. 

Pecahan penempatan penerima bantuan ini adalah seperti berikut; PPR Iskandar (17 penerima), PPR Flat Larkin (70 penerima), PPR Taman Sri Stulang (78 penerima), PPR Desa Mutiara (68 penerima), Penyewa rumah persendirian / swasta (92 penerima). 

Sejumlah RM267,840.00 telah diperuntukkan oleh pihak Yayasan Bandaraya Johor Bahru untuk Program Bantuan Sewa Rumah bagi bulan Julai hingga Disember 2018.  Semoga program ini mendapat sokongan daripada semua pihak agar dapat diteruskan pada masa akan datang untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan.  

 

Leave a Reply

Your Name: (required)

Your Email: (will not be published) (required)

Your Website:

Your Message:

submit comment