Berita

Bersama Membina Kesejahteraan

Bantuan Melanjutkan Pelajaran YBJB

Posted by:

Selain daripada program pendidikan dan bantuan bagi pelajar sekolah, Yayasan Bandaraya Johor Bahru juga ada menawarkan bantuan kepada lepasan SPM/STPM/Sijil yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil/Diploma/Ijazah melalui Program Bantuan Melanjutkan Pelajaran.

Program bantuan ini disasarkan kepada pelajar lepasan SPM/STPM atau Sijil daripada keluarga berpendapatan rendah yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Institut Pengajian yang diiktiraf kerajaan.  Bantuan yang disalurkan berbentuk bantuan “One Off” iaitu sekali sahaja pada kadar RM300.00 hingga RM1,000.00 untuk membiayai kos kemasukan pelajar di Semestar Pertama.  

Sehingga Julai 2018, sejumlah RM26,800.00 telah diagihkan kepada 60 orang pelajar dari keluarga berpendapatan RM3,500 ke bawah (B40).  Bagi pelajar yang berminat boleh datang terus ke pejabat YBJB untuk mengambil borang permohonan dan sessi temuduga.  

Semoga sedikit bantuan yang disalurkan dapat membantu anak-anak isi rumah keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan keluarga di masa hadapan.    

 

Leave a Reply

Your Name: (required)

Your Email: (will not be published) (required)

Your Website:

Your Message:

submit comment