Berita

Bersama Membina Kesejahteraan

Program Pendidikan YBJB

Posted by:

Bantuan Pendidikan adalah salah satu daripada cabang program yang dititik beratkan oleh pihak Yayasan untuk membantu anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan supaya mereka juga berpeluang dan tidak ketinggalan dalam menuntut ilmu seperti anak-anak lain.  Yayasan Bandaraya Johor bahru menawarkan program-program berbentuk Akademik dan Motivasi untuk para pelajar dari keluarga berpendapatan RM3,500 dan ke bawah (B40). 

Baru-baru ini telah dianjurkan Bengkel Teknik Menjawab bagi pelajar Sekolah Angkat Yayasan Bandaraya Johor Bahru telah berlangsung pada 14 dan 28 Julai lepas melibatkan pelajar SMK Taman Molek dan pada 4 Ogos 2018 bagi pelajar-pelajar SMK Taman Tasek Utara. Bengkel ini diadakan sebagai persediaan awal pelajar sebelum menghadapi peperiksaan SPM dan PT3 tahun ini. 

Bagi pelajar peringkat UPSR, Yayasan telah menganjurkan Program Kecemerlangan UPSR pada 3 dan 4 Ogos 2018 di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn.  Program ini telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Mazlan bin Hj Bujang (Adun Puteri Wangsa).  

Banyak lagi program pendidikan telah disusun sepanjang tahun ini.  Kepada pelajar yang berminat menyertai program-program seperti ini bolehlah layari layari laman web berikut: http://www.ybjb.org.my/?page_id=5389

no images were found

Leave a Reply

Your Name: (required)

Your Email: (will not be published) (required)

Your Website:

Your Message:

submit comment