Dari Fail Banci

Bersama Membina Kesejahteraan

Ruangan ini diwujudkan untuk memberi fokus kepada beberapa kes yang memerlukan perhatian orang ramai.  Sumbangan boleh disampaikan terus kepada keluarga-keluarga ini dengan menghubungi pejabat kami.

Mohd Basrul bin Borhan

 

Isteri Encik Mohd Basrul menghidap barah / ketumbuhan dalam otak dan terlantar sakit, tidak boleh bergerak.  Kedua-dua belah kaki dipasang alat untuk meluruskan kaki.  Beliau menyara 5 orang tanggungan termasuk 3 orang anak kecil/bawah umur.  Beliau memohon bantuan untuk menampung kos perbelanjaan susu khas dan lampin untuk isteri yang sakit.

  • Nama Ketua Isi Rumah: Mohd Basrul bin Borhan
  • Status: Berkahwin
  • Pekerjaan: Pekerja Am Kilang
  • Bilangan Ahli Isi Rumah: 5 orang (suami, isteri dan 3 anak kecil/bawah umur)
  • Bantuan diterima: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bantuan Ihsan YBJB
  • Alamat:  No 12, Jalan Permas 1/13, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor
  • No Tel: 018-9595881 / 013-6430452
  • Tarikh Bancian: 21 Mac 2017

Norulhaslindawati binti Che Ab Razak

Balu kepada Arwah Encik Mohd Nasir bin Mat Jusoh yang telah meninggal dunia akibat stroke (kes viral media sosial).  Beliau mempunyai 3 orang tanggungan yang masih kecil dan bersekolah.  Keluarga ini memerlukan bantuan dalam bentuk sara hidup, perbelanjaan sekolah dan sewa rumah.

norulhaslinda

  • Nama Ketua Isi Rumah: Norulhaslindawati binti Che Ab Razak
  • Status: Ibu Tunggal
  • Pekerjaan: Tidak Bekerja (Mangsa kemalangan – patah kaki, pinggang, punggung)
  • Bilangan Ahli Isi Rumah:  5 orang (KIR ibu tunggal, 3 anak bersekolah, 1 anak kecil)
  • Bantuan diterima: JKM, Bantuan Ihsan, Bantuan Back To School, Bantuan Perayaan YBJB
  • Alamat:  No 21, Halan Danau 41, Taman Desa Jaya 81800 Ulu Tiram, Johor
  • No Tel: 016-7337378
  • Tarikh Bancian: 28 Februari 2017

Mohd Naim bin Ab. Hamid

Encik Mohd Naim tinggal di rumah setinggan sewa dengan kadar sewa RM350.00 sebulan. Beliau bekerja sebagai pekerja pembersihan dengan pendapatan RM1,000 sebulan.  Keluarga beliau terdiri daripada isteri dan 3 orang anak beliau yang masih kecil. Bapa beliau menetap bersama beliau mengalami stroke (bahagian kiri badan) sejak 3 tahun yang lepas. 

  • Nama Ketua Isi Rumah: Mohd Naim bin Ab Hamid
  • Status: Berkahwin
  • Pekerjaan: Pekerja Pembersihan
  • Bilangan Ahli Isi Rumah: 6
  • Alamat: LMS 591, Jalan Asas, Kg Paya, Larkin 80350 Johor Bahru
  • No Tel: 013-7028218
  • Tarikh Bancian: 23 Julai 2017

Norah binti Kadim

Puan Norah binti Kadim baru saja  kematian suami pada Mei 2017. Arwah suami beliau adalah pesara kerajaan dan beliau kini di dalam proses untuk menukar nama penerima pencen kepada nama beliau.  Puan Norah adalah OKU berdaftar menerima bantuan JKM200.00 dan Baitulmal RM300.00 sebulan.

Kaki kanan beliau telah di potong pada 2015 akibat penyakit kencing manis.  Beliau juga menghidap penyakit buah pinggang dan mendapatkan rawatan dialisis di Hospital Pakar KPJ.  Rawatan ditanggung oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).  Puan Norah perlu mendapatkan ubat tambahan (1 bulan 3 kali suntikan) berjumlah RM174.00 sebulan. Tambang teksi RM50.00 sehari untuk rawatan dialisis. 

Puan Norah tidak mempunyai anak. Mempunyai 5 orang anak tiri namun tiada sumbangan kewangan yang diterima.

  • Nama Ketua Isi Rumah: Norah binti Kadim
  • Status: Balu
  • Pekerjaan: Tidak Bekerja (Pesakit Kencing Manis)
  • Bilangan Ahli Isi Rumah: 1
  • Bantuan diterima: JKM dan Baitulmal
  • Alamat: No 31, Jalan Jagong 12, Bandar Baru Uda, Johor Bahru
  •  No Tel: 016-7000255
  • Tarikh Bancian: 27 Julai 2017

Chan Koon Chan

Encik Chan Koon Chan menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak 2015. Beliau mendapatkan rawatan dialisis di Taman Tasek dengan bayaran RM110.00 untuk setiap kali rawatan.

Buat masa ini, encik Chan Koon Chan menerima sumbangan kewangan daripada adik-beradik dan saudara mara RM500.00 sebulan. Beliau tidak menerima sebarang bantuan lain.

Rumah yang didiami beliau sekarang adalah hakmilik saudara dan beliau menumpang dan akan membayar sewa rumah sekiranya beliau mempunyai lebihan wang.

  • Nama Ketua Isi Rumah: Chan Koon Chan
  • Status: Berkahwin\
  • Pekerjaan: Tidak Bekerja (Pesakit Buah Pinggang)
  • Bilangan Ahli Isi Rumah: 2
  • Alamat: No 6, Jalan Dato Abdul Hamid, Tampoi, 81200 Johor
  • No Tel: 07-2372840
  • Tarikh Bancian: 9 Julai 2017

 

- Kemaskini 1 Ogos 2017