Golongan Sasar Bantuan YBJB:
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Menetap dalam kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
  3. Berpendapatan RM4,850.00 ke bawah - B40 sahaja (Keutamaan kepada keluarga berpendapatan RM1,267.00 ke bawah - Miskin Tegar Bandar)
Penubuhan YBJB

Yayasan Bandaraya Johor Bahru telah diilhamkan oleh Menteri Besar Johor dan YDP Majlis Perbandaran Johor Bahru bersempena kenaikan taraf status Bandaraya Johor Bahru pada tahun 1994. Tujuan utama penubuhan YBJB ialah untuk membantu keluarga miskin dan golongan yang kurang bernasib baik di bandaraya Johor Bahru.

YBJB ialah suatu badan korporat (Yayasan) atau sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan (non-profit organization – NPO) yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952.

Yayasan Bandaraya Johor Bahru kini menganjurkan pelbagai program pembasmian kemiskinan antaranya Program Bantuan Sewa Rumah, Bantuan Kemasukan ke Sekolah...



Berita dan Aktiviti Terkini