Dana YBJB

Bersama Membina Kesejahteraan

 

IMG-20161219-WA0003ss(1)

Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) adalah suatu badan korporat (Yayasan) atau organisasi bukan berasaskan keuntungan yang diperbadankan di bawah Akta Pemegang-Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (No daftar: PPAB-05/1993) dan melalui proses audit setiap tahun.  Kami mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan kewangan dan barangan untuk disalurkan kepada golongan sasar.

Sumbangan anda layak untuk mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan menurut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 Ruj LHDN 01/35/42/51/179-64233 Warta Kerajaan Bil. 764 (1994).  

 

Wang Tunai / Cek

Cek atas nama YAYASAN BANDARAYA JOHOR BAHRU atau tunai ke Akaun Bank Islam Malaysia Berhad No. 01014010016003.  

 

Program Kerjasama / Corporate Social Responsibility

Kami sedia untuk bekerjasama untuk menyalurkan bantuan kepada golongan miskin, berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik bagi memenuhi kehendak Corporate Social Responsibility agensi swasta, syarikat atau organisasi anda.  Sila hubungi kami untuk bekerjasama.

 

Makanan Dan Barang – Barang Keperluan Harian

Sumbangan keperluan makanan harian seperti beras, minyak masak, tepung, gula, biskut dan sebagainya akan disalurkan terus kepada keluarga miskin yang daif seperti golongan warga emas, pesakit kronik dan ibu tunggal.  Semua serahan bantuan akan direkodkan untuk rujukan para penyumbang.  Sila hubungi kami untuk membuat sumbangan.

 

Barangan Baru / Terpakai

Terdapat keluarga miskin yang tidak mempunyai perkakasan rumah seperti mesin basuh, meja makan, katil, televisyen dan sebagainya.  Komputer yang sudah lama boleh didermakan kepada pelajar-pelajar keluarga miskin.  Kami juga menerima barangan keperluan sekolah seperti baju, kasut, beg, buku dan alat tulis.  Bantuan akan disalurkan terus kepada keluarga yang miskin yang daif serta direkodkan untuk rujukan para penyumbang.  Sila hubungi kami untuk membuat sumbangan.

 

Bantuan Terus Kepada Golongan Miskin 

Sila rujuk Dari Fail Banci untuk kes-kes yang memerlukan perhatian atau berhubung terus dengan kami untuk mendapatkan info kes-kes lain yang telah dibanci.  Untuk makluman, bantuan yang disampaikan terus kepada penerima adalah di bawah tanggungjawab penyumbang dan tidak layak menerima resit pengecualian cukai daripada pihak kami.

 

YAYASAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

Tingkat 5, Bangunan JOTIC, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru

Tel: 07-2248950   Faks: 07-2231880

Waktu Beroperasi

Ahad hingga Rabu: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Khamis: 8.00 pagi hingga 3.30 petang

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum: Tutup

Peta Tunjuk Arah ke Pejabat YBJB