Pengenalan Terminal Sejahtera

Bersama Membina Kesejahteraan

termsejahteraheader    scoreAlogo    scoreaBee

Terminal Sejahtera ialah pusat pembelajaran PERCUMA yang dilaksanakan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) untuk anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.  Pembelajaran di Terminal Sejahtera menggunakan prinsip pembelajaran kendiri yang berasaskan perisian multimedia interaktif selaras dengan kurikulum bersepadu Kementerian Pelajaran Malaysia.

Program ini menawarkan kemudahan seperti berikut secara percuma:

  1. Makmal komputer dengan talian internet.
  2. Kemudahan sistem pembelajaran online Score-A.
  3. Program motivasi, tuisyen dan bengkel yang akan dijalankan sepanjang tahun.
  4. Bilik tutorial, bilik perbincangan dan sudut membaca.
  5. Kemudahan mengimbas, mencetak dan fotostat.

 

Terdapat dua Terminal Sejahtera di bawah kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (rujuk cawangan terdekat):

  1. Terminal Sejahtera Taman Munshi Ibrahim.
  2. Terminal Sejahtera Taman Sri Stulang.

 

Tatacara Permohonan Keahlian Program Terminal Sejahtera