Terminal Sejahtera Parlimen Johor Bahru

Bersama Membina Kesejahteraan

 

Terminal Sejahtera Parlimen Johor Bahru adalah Terminal Sejahtera kedua yang ditubuhkan dibawah pengurusan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Terminal Sejahtera ini telah mula beroperasi pada 31 Januari 2013.

Lokasinya yang terletak di kawasan perumahan rakyat PPR Sri Stulang bersesuaian dengan matlamat program untuk menyediakan kemudahan pembelajaran kepada para pelajar dari golongan berpendapatan rendah.

Seramai 350 orang pelajar telah berdaftar dan menggunakan kemudahan di Terminal Sejahtera Parlimen Johor Bahru. Upacara pecah tanah tapak program Terminal Sejahtera ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) YB Datuk M. Saravanan pada 7 Oktober 2012.

Tatacara Permohonan Keahlian Program Terminal Sejahtera

 

Peta Tunjuk Arah ke Terminal Sejahtera Parlimen Johor Bahru, Taman Sri Stulang


View Larger Map

TERMINAL SEJAHTERA PARLIMEN JOHOR BAHRU

Aras Bawah, Blok P, Jalan Sri Stulang 1,

Taman Sri Stulang, 80350 Johor Bahru