Soalan Lazim

Bersama Membina Kesejahteraan

1.  Apakah jenis-jenis program bantuan yang ditawarkan oleh Yayasan Bandaraya Johor Bahru?

Bagi tahun 2017, Yayasan Bandaraya Johor Bahru menganjurkan program Bantuan Sewa Rumah, Bantuan Kemasukan ke IPT/Sekolah, Bantuan Tambang Sekolah, Bantuan Ihsan/Kecemasan dan Program Pendidikan & Latihan.

2.  Apakah yang dimaksudkan dengan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)?

PPKB adalah satu program anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar (KPKT) yang bertujuan membantu kumpulan miskin dan berpendapatan rendah di bandar dengan mengurangkan beban tanggungan keluarga. Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) adalah agensi yang dipertanggung jawabkan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk melaksanakan program PPKB di bandaraya Johor Bahru. Bantuan yang aktif dalam skop Program Pembasmian Kemiskinan Bandar bagi tahun 2017 ialah Bantuan Perumahan Bandar – Baik Pulih Rumah.

3.  Apakah eKasih? 

Sistem ekasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

4.  Siapakah kumpulan sasar yang layak menerima bantuan-bantuan yang ditawarkan oleh Yayasan?

Kumpulan sasar bagi bantuan di bawah Yayasan terdiri daripada isi rumah B40, iaitu terdiri daripada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,860.00 sebulan dan ini termasuk isi rumah di bawah PGK iaitu golongan miskin tegar, miskin dan mudah miskin.

Kumpulan sasar hendaklah berstatus warganegara dan menetap dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru.

5.  Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR)? 

Ketua Isi Rumah adalah daripada kalangan ahli isirumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah dimana dia tinggal. 

6.  Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR)?

Mereka ialah yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di tempat kediaman yang dipilih.

7.  Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan perkapita?

Pendapatan perkapita bermaksud jumlah pendapatan isi rumah (gaji kasar ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang bekerja) dibahagikan dengan bilangan tanggungan yang tinggal serumah.

8.  Apakah yang dimaksudkan dengan PGK, miskin tegar, miskin, mudah miskin, terkeluar, Golongan B40? 

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Pengukuran PGK Tahun 2014 yang digunapakai mulai 1 September 2015 adalah seperti berikut :

pgk_chart

 9.  Bagaimana memohon bantuan-bantuan di bawah Yayasan Bandaraya Johor Bahru?

  1. Sila muat turun atau dapatkan borang permohonan bantuan daripada pejabat Yayasan dan lengkapkan beserta lampiran-lampiran dokumen yang diperlukan.
  2. Serahkan borang yang lengkap ke pejabat Yayasan, Terminal Sejahtera Parlimen Johor Bahru, atau Terminal Sejahtera Taman Munshi Ibrahim (Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diterima).
  3. Pegawai Yayasan Bandaraya Johor Bahru akan menghubungi pemohon untuk verifikasi maklumat / bancian ke rumah (Mengikut jenis bantuan yang dipohon).
  4. Kelulusan permohonan dan kadar bantuan adalah bergantung kepada kelayakan dari segi pendapatan, keperluan dan kekangan kewangan Yayasan.

10.  Saya ada membuat permohonan, tetapi tidak pernah mendapat surat atau makluman daripada Yayasan.

Sila hubungi talian 07-2248950 untuk menyemak status permohonan atau datang sendiri ke pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru.

 

TARIKH KEMASKINI: 19 JANUARI 2017