Bantuan Sewa Rumah

Bersama Membina Kesejahteraan

 

1.  Pengenalan

Bantuan ini mula diperkenalkan pada tahun 2008 di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.  Jika sebelum ini Bantuan Sewa Rumah ini menggunakan bajet peruntukkan KPKT, namun bermula tahun 2017, pihak KPKT telah mewar-warkan bahawa tiada peruntukkan untuk Bantuan Sewa Rumah.  Sehubungan itu, Yayasan mengambil langkah proaktif untuk meneruskan bantuan ini di bawah nama Projek Perumahan Keluarga Termiskin.

 

2.  Bentuk dan Kadar Bantuan

Pembayaran sewa rumah pada kadar RM124.00 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

 

3.  Syarat-syarat Kelayakan Pemohon 

  • Warganegara (Status Penduduk tetap dan warga asing tidak layak memohon).
  • Pemohon hendaklah menetap dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (Rujuk Peta Kawasan)
  • Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM940.00 atau RM240.00 perkapita ke bawah.
  • Pemohon menetap dan menyewa di rumah berkenaan dan tidak menetap di rumah lain.
  • Pertimbangan lain: mempunyai isi rumah yang uzur / sakit / tidak dapat bekerja akibat masalah kesihatan atau ketidakupayaan diri untuk bekerja seperti ibu tunggal yang mempunyai ramai tanggungan dan lain-lain masalah yang boleh dipertimbangkan.

 

4.  Jenis Rumah Sewa Yang Layak 

  • Rumah sewa PPR (SUK Kerajaan Negeri Johor)
  • Rumah sewa swasta (menyewa dengan individu)
  • Sewa Bilik swasta (menyewa dengan individu)
  • Nota: Rumah sewa jenis setinggan adalah tidak layak untuk menerima bantuan ini.

 

5.  Bagaimana Memohon Bantuan Sewa Rumah

Muat Turun Borang Bantuan Sewa Rumah (PDF-652kb)

Sila muat turun borang di atas atau dapatkan borang daripada pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru.

  • Isikan borang pada Bahagian A, B, C dan D dengan HURUF BESAR dan jelas.
  • Lampirkan salinan dokumen yang diperlukan seperti berikut:
    • Salinan kad pengenalan/MyKID suami, isteri, anak-anak, ibu bapa yang tinggal serumah.
    • Salinan slip gaji pemohon dan ahli isi rumah yang bekerja dengan majikan ATAU
    • Pengesahan pendapatan pemohon dan isi rumah yang bekerja sendiri/tiada majikan. Hendaklah disahkan oleh Penghulu, Ketua Kampung, Ahli Majlis, Ketua Penduduk, JKKK atau Persatuan Penduduk.
    • Salinan kad OKU / Kad Bantuan JKM / Surat doktor, surat sokongan  dan lain-lain (jika ada).