Bantuan Back To School

 

1.  Pengenalan

Matlamat utama Program “Back To School” ini ialah untuk mengurangkan beban ketua isi rumah untuk menyara anak yang bersekolah bagi mendapatkan kemudahan peralatan serta pakaian sekolah seperti yang dinikmati pelajar yang berkemampuan.  Selain berpandukan PGK, pertimbangan lain diambil kira untuk mengagihkan bantuan ialah bagi keluarga yang mempunyai isi rumah yang uzur, sakit, tidak dapat bekerja atau ketidakupayaan diri untuk bekerja.

 

2.  Bentuk dan Kadar Bantuan

  • Bantuan berbentuk bantuan “One Off”sekali sahaja, jangka pendek dan sementara.
  • Bantuan setahun sekali menjelang musim pendaftaran persekolahan bagi pembelian peralatan persekolahan dan pakaian sekolah.

 

3.  Syarat-syarat Kelayakan Pemohon 

  • Bantuan Back To School untuk pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 6 sahaja.
  • Ibu bapa dan pelajar berstatus warganegara (Status Penduduk tetap dan warga asing tidak layak memohon).
  • Ibu bapa dan pelajar hendaklah menetap dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (Rujuk Peta Kawasan)
  • Pendapatan Isi Rumah RM3,000.00 ke bawah atau pendapatan perkapita RM500.00 dan ke bawah.  Keutamaan kepada keluarga miskin dan miskin tegar berdaftar di Yayasan Bandaraya Johor Bahru.
  • Pertimbangan lain: mempunyai isi rumah yang uzur / sakit / OKU / tidak dapat bekerja akibat masalah kesihatan atau ketidakupayaan diri untuk bekerja seperti ibu tunggal yang mempunyai ramai tanggungan dan lain-lain masalah yang boleh dipertimbangkan.

 

4.  Bagaimana Memohon Bantuan Back To School?

Muat Turun Borang Bantuan Back To School (PDF- 833kb)

  • Sila muat turun borang di atas atau dapatkan borang daripada pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru.
  • Isikan borang pada Bahagian A, B, C dan D dengan HURUF BESAR dan jelas.
  • Lampirkan salinan dokumen yang diperlukan seperti berikut:
    • Salinan kad pengenalan/MyKID pelajar, ibu bapa, anak-anak dan keluarga yang tinggal serumah.
    • Slip gaji atau pengesahan pendapatan ibu-bapa, isi rumah yang bekerja disahkan oleh Penghulu, Ketua Kampung, Ahli Majlis, Ketua Penduduk, JKKK atau Persatuan Penduduk.
    • Salinan kad OKU / Kad Bantuan JKM / Surat doktor, surat sokongan  dan lain-lain (jika ada).