Bantuan Melanjutkan Pelajaran

1.  Pengenalan

Bantuan ini disasarkan kepada pelajar lepasan SPM/STPM atau Sijil yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Institut Pengajian yang diiktiraf kerajaan.  Ianya diperkenalkan untuk meringankan beban ketua isi rumah yang mempunyai anak-anak yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah dalam membuat persediaan untuk ke Institut Pengajian.

 

2.  Bentuk dan Kadar Bantuan

  • Bantuan berbentuk bantuan “One Off”sekali sahaja, jangka pendek dan sementara.
  • Bantuan untuk kemasukan ke institut pengajian sahaja.
  • Kadar bantuan: Sehingga RM1,000 mengikut pertimbangan pihak pengurusan YBJB.

 

3.  Syarat-syarat Kelayakan Pemohon 

  • Warganegara Malaysia.
  • Menetap dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (Rujuk Peta Kawasan)
  • Melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil, Matrikulasi, Diploma atau Ijazah di Institusi Pengajian yang diiktiraf kerajaan.
  • Pendapatan Isi Rumah RM3,000.00 ke bawah dan memiliki tanggungan sekurang kurangnya 6 orang atau pendapatan perkapita RM500.00 dan ke bawah.
  • Lain-lain syarat tambahan mengikut pertimbangan.

 

4.  Bagaimana Memohon Bantuan Melanjutkan Pelajaran?

  • Sediakan salinan dokumen seperti berikut:

1. Kad pengenalan suami, isteri, anak-anak, ibu bapa yang tinggal serumah.

2. Slip gaji ahli isi rumah yang bekerja atau surat  pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.

3. Kad OKU, Surat doktor, surat sokongan  dan lain-lain (jika ada).

  • Hadir ke pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru di Tingkat 5, Bangunan JOTIC, Jalan Ayer Molek, Johor Bahru untuk proses temuduga dan mengisi Borang Permohonan Bantuan.
  • Kami juga menerima aduan kes kemiskinan daripada orang ramai, ketua masyarakat dan NGO. Bagi ketua isi rumah yang uzur juga dibenarkan menghantar wakil keluarga untuk memohon bantuan.  
  • Serahan borang melalui pos atau online TIDAK DITERIMA.