Program Terminal Sejahtera

1.  Pengenalan

Bantuan Pendidikan adalah salah satu daripada cabang program yang dititik beratkan oleh pihak Yayasan untuk membantu anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan supaya mereka juga berpeluang dan tidak ketinggalan dalam menuntut ilmu seperti anak-anak lain.  Pelbagai aktiviti dan program telah disusun sepanjang tahun untuk menyokong perkembangan akademik dan motivasi pelajar melalui keahlian Program Terminal Sejahtera.

2.  Bentuk dan Kadar Bantuan

  • Bantuan penyertaan program-program berbentuk Akademik dan Motivasi seperti berikut:
    • Majlis Perasmian Projek Pendidikan
    • Anugerah Pelajar Cemerlang
    • Kursus Motivasi Minda & Pemantapan Sahsiah Diri
    • Program Tuisyen Persediaan Peperiksaan
    • Bengkel Teknik Menjawab
    • Seminar Pecutan Akhir Peperiksaan
    • Program Kursus Kemahiran Komputer & Internet
    • Program Lawatan Selangkah ke Menara Gading
  • Keahlian Program Terminal Sejahtera yang menawarkan kemudahan berikut secara percuma:
    • Makmal komputer dengan talian internet.
    • Kemudahan sistem pembelajaran online Score-A.
    • Program motivasi, tuisyen dan bengkel yang akan dijalankan sepanjang tahun.
    • Bilik tutorial, bilik perbincangan dan sudut membaca.
    • Kemudahan mengimbas, mencetak dan fotostat.
  • Terdapat dua Terminal Sejahtera di bawah pengurusan Yayasan Bandaraya Johor Bahru iaitu Terminal Sejahtera Taman Munshi Ibrahim dan Terminal Sejahtera Taman Sri Stulang (rujuk cawangan terdekat).

 

3.  Syarat-syarat Kelayakan Pemohon 


4.  Bagaimana Memohon Keahlian Program Terminal Sejahtera?

  • Kenal pasti lokasi Terminal Sejahtera yang terdekat dengan kediaman pelajar.
  • Dapatkan Borang Permohonan Keahlian Terminal Sejahtera di Terminal Sejahtera yang terdekat atau Pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru.
  • Selesai serahan borang Fasilitator yang bertugas akan memaklumkan mengenai butiran waktu pembelajaran dan cara penggunaan perisian pembelajaran Online.