Bantuan Ihsan

 

1.  Pengenalan 

Bantuan Ihsan terbahagi kepada Bantuan Ihsan Kecemasan dan Bantuan Ihsan Perayaan.

Bantuan Ihsan Perayaan ialah bantuan untuk membantu keluarga miskin menikmati kehidupan yang lebih sempurna ketika menghadapi musim perayaan.  Majlis penyerahan bantuan akan diadakan menjelang setiap perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Bantuan Ihsan Kecemasan ialah bantuan untuk meringankan beban tanggungan dalam kes-kes yang melibatkan mangsa bencana alam, kebakaran, kematian ketua isi rumah dan sebagainya.

 

2.  Bentuk dan Kadar Bantuan

  • Bantuan berbentuk bantuan “One Off” sekali sahaja, jangka pendek dan sementara.
  • Bantuan tunai, bantuan bungkusan (hamper) atau bantuan peralatan sokongan.
  • Kadar dan bentuk bantuan berbeza mengikut kesesuaian dan kelulusan Ahli Jawatankuasa Bantuan Kebajikan dan Sosial YBJB.

 

3.  Syarat-syarat Kelayakan Pemohon

  • Bantuan Ihsan Perayaan:
    • Warganegara (Status Penduduk tetap dan warga asing tidak layak memohon).
    • Pemohon hendaklah menetap dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (Rujuk Peta Kawasan).
    • Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM940.00 atau RM240.00 perkapita ke bawah.
    • Keutamaan kepada golongan warga emas, OKU dan ibu tunggal.
  • Bantuan Ihsan Kecemasan:
    • Hilang upaya sementara atau kekal:  Mangsa kemalangan, pesakit kronik dan kehilangan pekerjaan.
    • Mangsa bencana alam seperti ribut, kebakaran, dan banjir yang menyebabkan kerosakan pada tempat tinggal.

 

4.  Bagaimana Memohon Bantuan Ihsan Perayaan? 

Permohonan bagi bantuan ini tidak dibuka kepada orang ramai.  Penerima bantuan perayaan dipilih daripada kes-kes sedia ada yang telah dibanci.

 

5.  Bagaimana Memohon Bantuan Ihsan Kecemasan?

Muat Turun Borang Bantuan Ihsan Kecemasan (PDF-652kb)

Sila muat turun borang di atas atau dapatkan borang daripada pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru.

  • Isikan borang pada Bahagian A, B, C dan D dengan HURUF BESAR dan jelas.
  • Lampirkan salinan dokumen yang diperlukan seperti berikut:
    • Laporan polis kejadian bencana alam, kemalangan, kebakaran.
    • Gambar yang menunjukkan kerosakan semasa kejadian berlaku. (kes kebakaran, ribut dan banjir – jika ada).
    • Salinan kad pengenalan/MyKID suami, isteri, anak-anak, ibu bapa yang tinggal serumah.