Pengenalan

Bersama Membina Kesejahteraan

 

tun1

Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) adalah suatu badan korporat (Yayasan) atau organisasi bukan berasaskan keuntungan (non-profit organizations – NPO) yang diperbadankan pada 1 Februari 1994 di bawah Akta Pemegang-Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952.  YBJB ditubuhkan untuk membantu golongan yang miskin, cacat dan  tidak bernasib baik di sekitar bandaraya Johor Bahru.

Penubuhan Yayasan didiilhamkan pada tahun 1994 bersempena kenaikan taraf Johor Bahru ke status ‘Bandaraya’. Inisiatif penubuhan Yayasan adalah hasil keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) terhadap masalah-masalah sosial dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin meningkat pada masa itu.

Bagi melancarkan perjalanan program, YBJB diterajui oleh tujuh orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Shahrir bin Abd Samad (Ahli Parlimen Johor Bahru).

Sejak mula beroperasi lebih 20 tahun yang lalu, YBJB telah bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan orang-ramai untuk menjalankan program-program penyelidikan serta pembangunan, program-program kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sosial yang bersesuaian ke arah meningkatkan taraf hidup golongan miskin.