Misi

Bersama Membina Kesejahteraan

 

Logo

Misi

  • Misi Yayasan ialah untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan bandar khususnya di sekitar Bandaraya Johor Bahru

Objektif

  • Mengendalikan pelbagai aktiviti serta program kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sosial untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin.
  • Bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan individu untuk menyediakan peluang kepada golongan miskin.
  • Mengatur, mengendali dan menyokong skim-skim bagi meringankan segala tekanan hidup dan kesengsaraan manusia, meningkatkan taraf hidup dan secara umumnya membasmi kemiskinan.

 

Strategi

  • Pendekatan secara langsung yang disasarkan terus kepada kumpulan sasar.
  • Pendekatan secara institusi pengajian tinggi, syarikat swasta, pertubuhan sukarela dan pertubuhan akar umbi.
  • Pendekatan secara dasar iaitu dengan bekerjasama dengan tokoh-tokoh pemimpin kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan kerajaan pusat, pemegang dan penggubal dasar negara dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

 

Peranan dan Tanggungjawab

  • Mengurus, melapor dan memantau bantuan PPKB bagi PBT Majlis Bandaraya Johor Bahru.
  • Bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyalurkan bantuan kepada golongan sasar.
  • Mengurus permohonan bantuan dan aduan kes kemiskinan daripada ketua masyarakat dan orang-ramai.
  • Menjalankan bancian untuk mengesahkan Daftar Terbuka dan Bancian Pemutihan e-Kasih.
  • Melapor status kemiskinan MBJB kepada Fokus Group pada setiap bulan.
  • Membantu menjayakan program–program kemiskinan peringkat Daerah Johor Bahru.
  • Mengumpul dana sumbangan untuk menampung kos bantuan dan kos pengurusan.