Program Ihya Ramadhan Bersama Datuk Bandar MBJB
03/06/2018
Penyerahan Bantuan Ihsan kepada Mangsa Ribut Kawasan Felda Ulu Tebrau
10/09/2018
Show all

Serahan Bantuan Kepada Keluarga Mangsa Lemas

Isnin, 25 Jun 2018 - Sessi ziarah bersama Datuk Bandar MBJB, Tuan Hj. Amran Bin A.Rahman dan Pegawai Daerah Johor Bahru ke rumah mangsa lemas iaitu keluarga Allahyarham Adik Mohd Affiq Afnan Abdur Razzaq dan keluarga Allahyarhamah Adik Norfifi Allysa Natalia binti Abdullah. Mayat dua kanak-kanak lemas ketika mandi di sebuah lombong tinggal berhampiran sebuah pasar raya di Taman Suria,Johor Bahru ditemui pasukan mencari dan menyelamat. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang pada 23 Jun 2018, dua mangsa berkenaan hilang selepas mandi bersama lima lagi rakan mereka. Bantuan Ihsan Kecemasan YBJB diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah yang mengalami musibah dan bencan sekitar bandaraya Johor Bahru.