Projek Pendidikan dan Kemahiran YBJB

Terminal Sejahtera
& Program-Program Pendidikan

Pengenalan

Program ini memfokuskan kepada pembangunan akademik melalui penganjuran program tuisyen, seminar, kem motivasi dan lain-lain lagi. Pendekatan ini dititikberatkan agar anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan berpeluang dan tidak ketinggalan dalam menuntut ilmu.

Untuk memastikan program ini mencapai objektifnya, YBJB bekerjasama dengan PSI MBJB, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, Sekolah-sekolah dan agensi-agensi lain dalam siri program-program pendidikan yang dijalankan sepanjang tahun.

Yayasan juga mempunyai dua pusat pembelajaran komputer yang dinamakan sebagai Terminal Sejahtera. Pelajar-pelajar yang berdaftar keahlian boleh menggunakan kemudahan komputer yang tersedia untuk mengulangkaji, membuat latihan dan mendapatkan maklumat secara percuma.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah RM3,860.00 sebulan dan ke bawah atau pendapatan per kapita RM500.00 ke bawah
  • Keluarga pelajar menetap di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru
  • Pelajar bersekolah di sekolah-sekolah di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru

Kelebihan Keahlian Terminal Sejahtera

  • Komputer dengan Akses Internet
  • Kemudahan Mencetak dan Mengimbas
  • Ruang Group Study dan Perbincangan
  • Bilik Tutorial
  • Pembelajaran Online Menggunakan Perisian Classruum
  • Tuisyen dan Kem Motivasi dari masa ke semasa

Permohonan Keahlian Terminal Sejahtera


SILA BACA SYARAT KELAYAKAN DI ATAS SEBELUM MEMOHON

1. Dapatkan Borang Permohonan Bantuan YBJB [KLIK UNTUK MUAT TURUN] atau ambil sendiri di pejabat YBJB.

2. Sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar Yang Memohon.
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa (Suami dan Isteri).
  • Slip Gaji atau Pengesahan Pendapatan Ibu dan Bapa.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat YBJB, Terminal Sejahtera Taman Sri Stulang atau Terminal Sejahtera Taman Munsyi Ibrahim. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 07-2248950 / 07-2200586.