Projek Pendidikan dan Kemahiran YBJB

Bantuan Back To School

Pengenalan

Bantuan Pendidikan adalah satu daripada program-program yang dititikberatkan oleh Yayasan Bandaraya Johor Bahru dalam membantu anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan supaya mereka juga berpeluang dan tidak ketinggalan dalam menuntut ilmu.

Selain daripada pendekatan melalui program-program berbentuk akademik, YBJB juga memberi sokongan kepada keluarga miskin melalui bantuan berbentuk kewangan dan dermasiswa.

Bantuan Back To School adalah bantuan kemasukan ke sekolah yang disasarkan kepada pelajar dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Bantuan diberikan dalam bentuk wang tunai dan bantuan keperluan sekolah seperti beg dan alatulis.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru
  • Pendapatan isi rumah RM940.00 sebulan atau RM240.00 per kapita dan ke bawah sahaja.
  • Anak bersekolah Prasekolah hingga Tingkatan 5 sahaja
  • Bilangan penerima bantuan Back To School di hadkan kepada dua orang pelajar untuk setiap keluarga sahaja

Ukuran PGK Nasional

Status Pendapatan Pendapatan Isi Rumah Pendapatan Per Kapita
Miskin Tegar Di bawah RM580.00 Di bawah RM140.00
Miskin Di bawah RM940.00 Di bawah RM240.00

Nota

  1. Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata bulanan di bawah RM3,860.00.

  2. Pengiraan Pendapatan Ahli Isi Rumah = (Pendapatan Suami + Isteri + Semua Anak Bekerja)

  3. Pengiraan Pendapatan Per Kapita = (Jumlah Pendapatan Ahli Isi Rumah di bahagi Bilangan Ahli Isi Rumah)

  4. Ahli Isi Rumah = Suami, Isteri, Anak dan orang lain yang tinggal bersama dalam satu rumah seperti Ibu Bapa, Adik beradik dan lain-lain.

Permohonan Bantuan Back To School


SILA BACA SYARAT KELAYAKAN DI ATAS SEBELUM MEMOHON

1. Dapatkan Borang Permohonan Bantuan YBJB [KLIK UNTUK MUAT TURUN] atau ambil sendiri di pejabat YBJB.

2. Sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Suami Dan Isteri
  • Salinan Kad Pengenalan Anak / Tanggungan serumah
  • Slip Gaji atau Pengesahan Pendapatan Suami dan Isteri
  • Slip Gaji atau Pengesahan Pendapatan Anak / Tanggungan serumah yang Bekerja

3. Dokumen Tambahan Berkaitan (Sekiranya Ada):

  • Sijil Kematian sekiranya Suami atau Isteri sudah meninggal dunia.(Balu / Bapa Tunggal)
  • Sijil Perceraian sekiranya telah berpisah (Janda / Duda)
  • Surat Pengesahan Pegawai Perubatan. (Pesakit / Hilang Upaya)
  • Laporan Polis (Keganasan Rumah Tangga / Jenayah / Kebakaran dll)

Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru. Bagi Program Bantuan Back To School, bantuan ini akan disalurkan pada bulan November / Disember setiap tahun. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 07-2248950 / 07-2200586.