BERSAMA MEMBINA KESEJAHTERAAN

Pengenalan YBJB


Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) telah diperbadankan pada 9 Disember 1993 di bawah Akta Pemegang- Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 bertujuan untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik, cacat dan miskin untuk menjalani hidup yang lebih terbela dan sempurna di dalam bandaraya Johor bahru yang mengalami pembangunan ekonomi yang pesat.

Penubuhan YBJB telah diilhamkan oleh mantan Menteri Besar Johor dan YDP Majlis Perbandaran Johor Bahru pada tahun 1994 bersempena kenaikan taraf status Bandaraya Johor Bahru. Tujuan utama penubuhan YBJB ialah untuk membantu keluarga miskin dan golongan yang kurang bernasib baik di bandaraya Johor Bahru.

Yayasan Bandaraya Johor Bahru kini menganjurkan pelbagai program yang disasarkan kepada keluarga berpendapatan B40 , Miskin dan Miskin Tegar yang menetap di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru, iaitu:


Objektif Penubuhan YBJB

1. Memberi bantuan dan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyediakan peluang-peluang perniagaan bagi membangunkan sifat-sifat ingin berdikari ke arah meningkatakan pendapatan kumpulan sasar.
2. Mengendalikan pelbagai aktiviti serta program pendidikan dan kemahiran bagi membantu meningkatkan taraf pendidikan kumpulan sasar.
3. Memberi bantuan dan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyediakan peluang-peluang perniagaan bagi membangunkan sifat-sifat ingin berdikari ke arah meningkatakan pendapatan kumpulan sasar.

Peranan YBJB

1. Pelaksana Program Pembasmian Kemiskinan Anjuran YBJB. Program yang diajalankan ialah Program Pendidikan, Terminal Sejahtera, Bantuan Back To School, Bantuan Melanjutkan Pelajaran, Bantuan Tambang Bas Sekolah, Bantuan Ihsan Perayaan, Bantuan Ihsan Kecemasan dan Bantuan Sewa Rumah.
2. Agensi Pelaksana Program Pembasmian Kemiskinan Anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di MBJB iaitu Program Baik Pulih Rumah dan Kiosk Penjaja Bandar.
3. Mengurus Daftar eKasih. Kerja-kerja bancian di lapangan untuk pemutihan / Daftar eKasih, permohonan bantuan YBJB, pemantauan dan semakan semula kes berdaftar. Laporan status ke Mesyuarat Focus Group Kemiskinan.