Pengenalan
Program ini diwujudkan untuk membantu meringankan beban Ketua Isi Rumah yang menanggung kos kemasukan isi rumah yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Bantuan ini berbentuk bantuan tunai secara "one-off" sekali sahaja bagi membantu menampung sebahagian kos perbelanjaan bagi kemasukan di semester yang pertama. Permohonan terbuka kepada pelajar di peringkat Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah di IPTA/IPTS.
Keutamaan bantuan disalurkan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin serta tidak menerima biasiswa atau pinjaman dari mana-mana agensi.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Menetap di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru
- Pendapatan isi rumah di bawah kategori PGK Miskin dan Miskin Tegar / Berpendapatan B40
- Pelajar melanjutkan pelajaran di Peringkat Sijil, Asasi, Matrikulasi, Diploma, Ijazah atau Sarjana.
- Pelajar lepasan SPM/STPM atau Sijil yang berpotensi serta mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di IPT/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Ukuran PGK Nasional
| Status Pendapatan | Pendapatan Isi Rumah | Pendapatan Per Kapita |
|---|---|---|
| Miskin Tegar (Bandar) | RM1,238.00 ke bawah | RM350.00 ke bawah |
| Miskin (Bandar) | RM2,857.00 ke bawah | RM830.00 ke bawah |
Nota
- Pengiraan Pendapatan Ahli Isi Rumah = (Pendapatan Suami + Isteri + Semua Anak Bekerja)
- Pengiraan Pendapatan Per Kapita = (Jumlah Pendapatan Ahli Isi Rumah di bahagi Bilangan Ahli Isi Rumah)
- Ahli Isi Rumah = Suami, Isteri, Anak dan orang lain yang tinggal bersama dalam satu rumah seperti Ibu Bapa, Adik beradik dan lain-lain.
Sumber: PGK 2024 (Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi EPU)
Permohonan Bantuan Perbelanjaan Melanjutkan Pelajaran
SILA BACA SYARAT KELAYAKAN DI ATAS SEBELUM MEMOHON
1. Dapatkan Borang Permohonan Bantuan YBJB di pejabat YBJB. Muat Turun (Download) BORANG BANTUAN 2026
2. Sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Kad Pengenalan Ibu-Bapa/Penjaga Pelajar
- Salinan Kad Pengenalan Anak / Tanggungan serumah
- Slip Gaji atau Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga
- Slip Gaji atau Pengesahan Pendapatan Anak / Tanggungan serumah yang Bekerja
3. Dokumen Tambahan Berkaitan:
- Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA/IPTS yang diiktiraf Kerajaan.
- Sijil Kematian /Sijil Perceraian (Ibu Bapa Bercerai/Balu / Duda)
Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru. Sila berurusan dengan En. Suhanizam bin Suhaini (Pegawai Program Pendidikan YBJB). Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 07-2248950 / 07-2200586.




