Program Ihya Ramadhan Bersama Datuk Bandar MBJB
03/06/2018
Show all

Bantuan Ihsan Perayaan Hari Raya Aidilfitri YBJB Tahun 2018

1 Jun 2018: Sejumlah 1,000 keluarga telah menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) pada tahun 2108. Bantuan bagi penduduk PPR Taman Sri Mutiara telah disampaikan oleh Setiausaha Majlis bandaraya Johor Bahru (MBJB), Tn Hj Sidek bin Paiman di Dewan Taman Desa Mutiara Blok 15 pada 10 Jun 2018. Bagi penerima kawasan Stulang, Permas Jaya dan Masai kaunter serahan bantuan Hari Raya Aidilfitri telah dibuka pada 4 Jun 2018 di Terminal Sejahtera Taman Sri Stulang. Penerima bantuan terdiri daripada golongan warga emas, ibu tunggal, OKU berdaftar dengan Yayasan Bandaraya Johor Bahru yang telah dibanci. Bantuan yang disampaikan adalah dalam bentuk wang tunai, hamper keperluan dapur dan kuih muih.