Bantuan Ihsan Mangsa Ribut Kg Plentong Baru
13/03/2019
Permohonan Bazar Ramadhan MBJB Tahun 2019
16/04/2019
Show all

Kem Motivasi Minda dan Pemantapan Sahsiah 2019

Selasa, 19 Mac 2019: Yayasan Bandaraya Johor Bahru hari ini telah menganjurkan Program Kem Motivasi Minda dan Pemantapan Sahsiah yang telah diadakan di Pusat Kokurikulum Johor (Kem Tasek Utara) dari 19 hingga 21 Mac 2019.

Bagi peringkat UPSR, seramai 155 orang pelajar sekolah rendah terlibat dalam program kem motivasi kali ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar berdaftar Terminal Sejahtera YBJB dan Sekolah Angkat YBJB dari sekitar bandaraya Johor Bahru.

Pelajar peringkat PT3 dan SPM pula akan mengikuti program yang sama di Savannah Hill, Ulu Tiram dari 24 hingga 26 Mac 2019.

Tujuan diadakan program ini adalah untuk memberi semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar berdaftar Program Pendidikan dan Kemahiran YBJB. Pengisian program ini meliputi modul untuk membina sahsiah pelajar, menangani pengaruh rakan sebaya, dan kaedah merancang waktu dan pembelajaran yang efisyen.