Program Kem Ibadah Supermuslim
20/11/2019
Bantuan Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2020
15/01/2020
Show all

Bantuan Sekolah YBJB Tahun 2019

Bantuan Pendidikan adalah satu daripada program-program yang dititikberatkan oleh Yayasan Bandaraya Johor Bahru untuk membantu anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan dan miskin agar mereka berpeluang dan tidak ketinggalan dalam menuntut ilmu.

Bantuan Back To School adalah bantuan kemasukan ke sekolah yang disasarkan kepada pelajar dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Yayasan Bandaraya Johor Bahru telah menganjurkan Majlis Penyampaian Bantuan Sekolah YBJB tahun ini di 2 lokasi iaitu pada 18 Disember di Dewan Jubli Intan dan 22 Disember 2019 di Dewan Muafakat Nibong Taman Daya. Sejumlah 700 orang pelajar telah menerima bantuan berbentuk wang tunai, beg dan alatan tulis yang telah disampaikan oleh Pengerusi YBJB, YB Tn Hj Mazlan bin Bujang.