Kursus Online Marketing
16/07/2020
Bantuan Johor Berkebajikan
12/04/2021
Show all

Program Sumbangan Tablet Kepada Pelajar Sekolah Kawasan Pentadbiran MBJB

29 Mac 2021: Yayasan Bandaraya Johor Bahru telah menyumbang sejumlah 1,500 unit komputer tablet Samsung Tab A berserta talian internet Celcom hari ini kepada 46 buah sekolah dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Bantuan ini adalah untuk memenuhi keperluan pelajar yang kurang berkemampuan dan miskin yang akan menduduki peperiksaan SPM untuk melakukan proses pembelajaran kendiri di rumah oleh kerana pandemik Covid-19.

Penyerahan bantuan kepada wakill-wakil sekolah telah disampaikan oleh Pengerusi YBJB, YB Mazlan bin Bujang dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, YB Dato' Haji Adib Azhari bin Daud di Dewan Utama Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.