Bantuan Johor Berkebajikan
12/04/2021
Program Diskusi Ilmu Darul Ta’zim
19/11/2021
Show all

Bantuan Ihsan Perayaan Deepavali Tahun 2021

26 Oktober 2021:Serahan Bantuan Ihsan Perayaan Deepavali YBJB tahun ini melibatkan bantuan kepada 300 ketua isi rumah PGK Miskin berketurunan India dari sekitar bandaraya Johor Bahru. Kaunter bantuan dibuka di Terminal Sejahtera secara berkala selama 3 hari untuk mengelakkan kesesakan dan mengikuti SOP yang ditetapkan.

Selain itu Majlis penyerahan bantuan juga telah diadakan di Kuil Arumigu Rajamariamman Devasthanam, Johor Bahru pada 31 Oktober 2021 melibatkan 100 orang penerima yang telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBJB, Datuk Yahya bin Ja'afar.

Sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan untuk digunakan sebagai persediaan bagi mereka untuk menyambut perayaan Hari Deepavali yang bakal disambut pada minggu hadapan. Diharapkan dengan adanya sumbangan ini memberi para penerima ini kegembiraan dan semangat kepada mereka untuk memeriahkan kembali sambutan perayaan deepavali pada tahun ini mengikut SOP yang ditetapkan.