Program Lego Serious Play
15/12/2021
Permohonan Bazar Ramadhan MBJB Tahun 2022
15/03/2022
Show all

Bantuan Ihsan Perayaan Tahun Baru Cina 2022

23 Januari 2022 - Satu Majlis Penyampaian Bantuan Perayaan Tahun Baru Cina 2022 telah diadakan pada hari ini yang disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mazlan Bin Bujang selaku Pengerusi Yayasan Bandaraya Johor Bahru. Bantuan ini diberikan kepada warga bandaraya yang memerlukan dalam membuat persiapan bagi menyambut Tahun Baru Cina. Bantuan telah disampaikan di Dewan Utama Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Pejabat Exco Pendidikan Negeri Johor oleh Pengerusi YBJB, YB Mazlan bin Bujang. Sejumlah 300 keluarga miskin dari kaum etnik Cina yang telah berdaftar di Yayasan Bandaraya Johor Bahru telah menerima bantuan hamper barang keperluan dan wang tunai pada tahun ini. Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban warga yang memerlukan ini dan sedikit sebanyak dapat memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga mereka.