Program Jalinan Kasih Jalanan
25/01/2019
Pelancaran Projek Pendidikan YBJB Tahun 2019
19/02/2019
Show all

Bantuan Tahun Baru Cina YBJB Tahun 2019

Khamis 31/1/2019: Majlis Penyampaian Bantuan Tahun Baru Cina Yayasan Bandaraya Johor Bahru pada tahun ini telah diadakan di beberapa lokasi sekitar bandaraya bagi memudahkan penerima bantuan bertemu dengan ketua masyarakat. Sejumlah 669 keluarga miskin telah menerima bantuan ihsan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Bagi kawasan Permas Jaya bantuan ini telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh di Dewan Serbaguna MBJB Jalan Permas 9/3.

Penyerahan bantuan bagi kawasan sekitar Puteri Wangsa dan Ulu Tiram melibatkan 200 orang penerima dari golongan miskin disampaikan oleh Pengerusi YBJB, YB Tn Hj Mazlan bin Bujang.Majlis ini telah diadakan di Dewan Muafakat Johor MBJB di Taman Adda. Turut hadir bersama ialah YB Steven Choong Shiau Yoon, Ahli Parlimen Tebrau dan YB Gopalakrishnan a/l Subramaniam, ADUN Tiram

Serahan Bantuan Tahun Baru Cina turut diadakan di Karnival Johor Jaya dan telah disampaikan oleh YB Liow Chai Tung di Karnival Johor Jaya pada 30 Januari 2019.

Semoga sedikit bantuan yang disalurkan dapat menceriakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina keluarga yang terbabit.