Karnival Bandaraya Prihatin 2018
15/12/2018
Bantuan Tahun Baru Cina YBJB Tahun 2019
31/01/2019
Show all

Program Jalinan Kasih Jalanan

Khamis 24/1/2019: Sekitar Program Jalinan Kasih Jalanan - Gelandangan malam tadi di sekitar bandar raya Johor Bahru. Program ini dianjurkan bersama Yayasan Bandaraya Johor Bahru, MBJB dan NGO seperti Amal Bakti dan Jalinan Sutera.

Program telah di sertai sama YB Tuan Hj Mazlan Bujang, Pengerusi JK Kerja Raya, Infrastruktur & Pengankutan merangkap Pengerusi Yayasan Bandaraya, YB Chan Kah Eng, ADUN Stulang, YB Dato' Seri Che Zakaria Mohd Salleh, ADUN Permas, YB Datuk Bandar Johor Bahru dan Tuan Pegawai Daerah Johor Bahru.

Pemberian bantuan meliputi kawasan tumpuan gelandangan dalam kawasan bandaraya seperti Bangunan KTMB Johor Bahru di Jln Tun Abd Razak, Laman Tun Sri Lanang, laluan pejalan kaki Sungai Seget, Anjung Singgah dan susur keluar Jln Tebrau berdekatan Tropikal Inn.

Program ini mencapai objektifnya iaitu membantu dan mengenalpasti masalah golongan gelandangan di Bandar Raya Johor Bahru.