Bantuan Back To School YBJB Tahun 2018
01/12/2018
Program Jalinan Kasih Jalanan
25/01/2019
Show all

Karnival Bandaraya Prihatin 2018

Sabtu 15/12/2018: Yayasan Bandaraya Johor Bahru telah menganjurkan Karnival Bandaraya Prihatin yang berlangsung selama 2 hari bermula 15 Disember hingga 16 Disember 2018 bertempat di Dewan Add Height, Taman Adda, Johor Bahru.

Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan di antara masyarakat sekitar dengan agensi kerajaan, NGO dan pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Pelbagai aktiviti telah disusun untuk orang ramai antaranya Pertandingan Push Bike, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Sukaneka, Pertandingan Gubahan, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Tarian Zapin, Larian, Treasure Hunt selain pelbagai pertunjukan dan pameran daripada agensi-agensi kerajaan.

Pada majlis penutupan program, YBJB turut menyalurkan bantuan kemasukan ke sekolah kepada 380 pelajar dari keluarga miskin dan anak-anak pemandu teksi sekitar Johor Bahru yang disampaikan oleh YB Hj Mazlan bin Bujang selaku Pengerusi YBJB.