Program Kem Ibadah dan Keusahawanan
30/11/2018
Karnival Bandaraya Prihatin 2018
15/12/2018
Show all

Bantuan Back To School YBJB Tahun 2018

Bantuan Back To School adalah program bantuan yang diberikan kepada pelajar dari keluarga kategori Miskin dan berpendapatan rendah yang berdaftar di Yayasan Bandaraya Johor Bahru. Tahun ini menyaksikan sejumlah 700 orang pelajar menerima bantuan sekolah berbentuk beg sekolah dan wang tunai kepada keluarga miskin, berpendapatan rendah dan anak-anak pemandu teksi sekitar bandaraya Johor Bahru. Penyampaian diadakan di beberapa lokasi dan disampaikan oleh Lembaga Pemegang Amanah YBJB dan ketua masyarakat setempat. Semoga sedikit bantuan yang disampaikan dapat mengurangkan tanggungan kos ibu bapa untuk kemasukan anak-anak ke sekolah.