Bantuan Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2020
15/01/2020
Pelancaran Projek Pendidikan YBJB Tahun 2020
04/03/2020
Show all

Program Kem Motivasi dan Sahsiah

4 Mac 2020: Kem Motivasi dan Pemantapan Sahsiah YBJB telah dijalankan di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram dari 4 hingga 7 Mac 2020 melibatkan sejumlah 158 orang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini dianjurkan untuk pelajar-pelajar tajaan YBJB di Terminal Sejahtera dan pelajar-pelajar tajaan YBJB di Sekolah-Sekolah Angkat yang dari keluarga berpendapatan rendah. Tujuan program ini dianjurkan adalah sebagai persediaan akhir menjelang peperiksaan dengan membina keyakinan dan meningkatkan tahap pencapaian pelajar.