Bantuan Ihsan Perayaan Deepavali YBJB Tahun 2018
01/11/2018
Bantuan Back To School YBJB Tahun 2018
01/12/2018
Show all

Program Kem Ibadah dan Keusahawanan

Jumaat 30/11/2018: Selesai penganjuran Program Kem Ibadah dan Keusahawanan YBJB selama 3 hari 2 malam bertempat di Tiram Indah Village, Ulu Tiram.

Program ini diadakan untuk memupuk kepimpinan, kekuatan dan keyakinan berlandaskan ajaran agama Islam. Selain itu, para pelajar juga akan didedahkan dengan aktiviti yang dapat memupuk minat terhadap keusahawanan.

Seramai 100 orang pelajar berdaftar Terminal Sejahtera YBJB, Sekolah Angkat YBJB dan Anak-anak Kakitangan MBJB telah mengikuti program ini. Antara pengisian program ini ialah aktiviti simulasi berniaga secara berkumpulan, pembentangan model perniagaan, perancangan pemasaran dan gamifikasi pembuktian kuasa memberi.