Seminar Formula Juara A+
11/05/2019
Bantuan Hari Raya Aidilfitri YBJB Tahun 2019
26/05/2019
Show all

Majlis Iftar Bersama Datuk Bandar

Khamis, 16/5/2019: Sekitar Majlis Berbuka Puasa Bersama Datuk Bandar MBJB di Masjid Jamek Al-Ma'mur, Taman Bukit Tiram. Dalam majlis tersebut YB Datuk Bandar, Dato' Haji Amran A. Rahman, turut menyampaikan sumbangan kepada asnaf di sekitar Taman Bukit Tiram. Turut hadir sama Ahli-Ahli Majlis, ketua-ketua jabatan serta para pegawai MBJB dan Yayasan Bandaraya Johor Bahru.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan masyarakat setempat. Orang ramai juga berpeluang mengutarakan pendapat atau aduan terus kepada Datuk Bandar dan Ahli Majlis MBJB. Selain Masjid Taman Bukit Tiram, program ini juga telah diadakan empat lokasi lain sepanjang bulan Ramadhan ini iaitu di Masjid Kampung Plentong, Masjid Skudai Kiri, Surau Taman Bukit Kempas dan Surau An Nur Stulang laut.

Pada tahun ini seramai 385 asnaf fakir dan miskin telah menerima bantuan daripada Yayasan Bandaraya Johor Bahru melalui program ini.