Majlis Iftar Bersama Datuk Bandar
16/05/2019
Kem Smart Ramadhan
28/05/2019
Show all

Bantuan Hari Raya Aidilfitri YBJB Tahun 2019

Ahad, 26/5/2019: Yayasan Bandaraya Johor Bahru telah memperuntukkan sebanyak RM200,000.00 untuk di sampaikan kepada 1,000 keluarga miskin tahun ini bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis Penyampaian Bantuan Duit Raya kepada keluarga miskin telah diadakan di beberapa lokasi sekitar bandaraya Johor Bahru sepanjang bulan Ramadhan. Bagi penerima dari kawasan Parlimen Johor Bahru dan Parlimen Pulai bantuan telah disalurkan di Dewan Jubli Intan pada 26 Mei 2019. Program bantuan diteruskan pada 28 Mei 2019 di Dewan Serbaguna Plentong bagi penerima dari kawasan Parlimen Pasir Gudang sebelum berakhir di Dewan MBJB Taman Daya pada 31 Mei 2019 untuk penerima-penerima bantuan dari kawasan Parlimen Tebrau.

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Pengerusi YBJB, YB Dato’ Mazlan bin Bujang dan Datuk Bandar MBJB, YB Dato’ Hj Amran bin A.Rahman. Yayasan Bandaraya Johor Bahru ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan program bantuan ini khususnya kepada warga kerja Majlis Bandaraya Johor Bahru dan JAKEL Trading yang turut memberi sumbangan tambahan berbentuk beras dan keperluan dapur.

Semoga dengan bantuan yang diagihkan dapat membantu meringankan beban keluarga terbabit bagi menyediakan kelengkapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.