Ibadah Korban Aidiladha MBJB Tahun 2019
14/08/2019
Mini Karnival Kesihatan
28/09/2019
Show all

Program Kem Motivasi Pecutan Akhir

6 September 2019: Yayasan Bandaraya Johor Bahru telah menganjurkan Program Kem Motivasi Pecutan Akhir PT3 dan SPM 2019 pada 6 & 7 September 2019 yang lepas dengan kerjasama Kelab Sukan Isrec Adventure bertempat di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram. Program yang sama bagi peringkat UPSR telah berlangsung pada 2 dan 3 Ogos 2019.

Objektif program ini adalah untuk memberi semangat kepada peserta dalam menempuh saat-saat akhir untuk bersedia menghadapi peperiksaan yang hampir tiba. Selain itu, program ini bertujuan memantapkan kesediaan jasmani, mental dan fizikal untuk menghadapi peperiksaan. Dalam program ini telah diaturkan banyak Latihan Dalam Kumpulan yang menguji kesediaan pelajar untuk sentiasa bekerjasama, bersabar dalam menghadapi kesukaran, bersedia membuat keputusan, sentiasa berusaha walaupun telah gagal untuk pertama kali, sentiasa menepati masa dan lain-lain lagi.

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat yang sangat besar kepada pelajar dalam persediaan menghadapi peperiksaan dan dalam mengahrungi kehidupan demi masa hadapan.