Program Kem Motivasi Pecutan Akhir
06/09/2019
Program Lead Your Future
13/11/2019
Show all

Mini Karnival Kesihatan

28 September 2019: Yayasan Bandaraya Johor Bahru telah menganjurkan program Mini Karnival Kesihatan dengan usahasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Poliklinik Dinar. Pelbagai aktiviti dianjurkan antaranya Pemeriksaan Kencing Manis, Tekanan Darah Tinggi, Kolestrol, Skan Tulang, Pemeriksaan Paru-Paru, Pameran dan Forum Kesihatan dan yang dianjurkan secara percuma. Program ini dianjurkan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan penyakit kanser dan kempen amalan gaya hidup sihat. Dianggarkan seramai 1000 orang telah mengikuti pelbagai aktiviti dan ujian saringan kesihatan yang ditawarkan yang telah dirasmikan oleh Pengerusi YBJB, YB Tn Hj Mazlan bin Bujang.